Back after years of silent
Thursday, September 3, 2026 @ Thursday, September 03, 2026
memori....
memori ini memang begini, kadang kita ingat, kadang kita lupa, kadang kita tiba-tiba ingat. ;p.
saya pernah terbaca, atau terdengar. memori ini semakin hari semakin berubah, kita hanya ingat sedikit sahaja tapi lupa akan keseluruhan cerita. hal ini terdetik setelah saya baca semula post-post terdahulu saya.
kalau tidak ada post-post sebegini, ceritanya lain di dalam memori. hal ini membuatkan aku sedar, aku harus menulis lebih banyak.
banyak yang berlaku sepanjang saya tidak menulis di platform ini.
saya berkahwin, mendapat ujian menghidap penyakit kronik, menjalani beberapa pembedahan dan gemuk kembali. hehehe.
well saya sepatutnya menulis ketika itu, supaya saya ingat semua yang berlaku. sayangkan. kalau masa boleh diundur semula. pasti akan ku catit segala apa yang berlaku.
malam ini entah kenapa aku terdetik untuk membuka semula ruang blog ini. mungkin aku cuma ingin mengimbas memori lalu, mungkin aku cuba untuk kembali ke masa lalu. entahlah. saya tahu kita tidak boleh kembali... tapi kenapa kau masi berada di tempat yang sama wahai diriku!!
masa akan terus berjalan. sudilah kiranya kau sedar, bahawa hari ini adalah hari termuda yang akan kau jalani. jadi buatlah sehabis baik. janganlah engkau sia-siakan masa dan peluang yang telah diberi oleh ALLAH SWT kepada kau adilah... maaf ini cuma ramble..
penulisan saya malam ini tidak mempunyai deraf. saya menaip mengikut apa yang hati ini ingin luahkan. mungkin mengira diri ini sudah tua, dan sudah kehilangan bakat menulis? wujudnya ai membuatkan saya sedar otak saya sudah semakin kurang digunakan. mungkin inilah sebabnya saya menaip semula di sini. untuk memastikan yang otak saya masih berfungsi dan saya masih lagi ghairah dalam bidang penulisan. meski tiada yang membaca (memang itu yang diharapkan). validation ini cuma boleh disatisfiedkan oleh diri sendiri sahaja. cerita tijah ayub dan samad pun masih belum siap-siap lagi. nantilah saya cuba siapkan tanpa bantuan ai. hahahahah
hmmm apa lagi ya yang ingin aku luahkan... mungkin ini sahaja untuk jam ini. saya ingin cuba menyelesaikan cerita 3 sahabat ini dulu. saya rasa saya ada buat di wattpad. ok bai.. asslamualaikum..
-Adilah Lee-