0 PUT YOUR THOUGHT HERE
tijah - 3 sahabat
Tuesday, December 12, 2017 @ Tuesday, December 12, 2017


disclaimer : maafkan typo yang teramat banyak. tak dapat nak edit betul-betul, sebab busy sangat. maafkan penulis kiranya terdapat ayat yang tunggang terbalik.

"wei, berhenti jap kat kedai ah chong. Aku nak beli air lah" teriak Tijah kepada Ayub dan Samad. Kayuhan Ayub dan Samad menjadi perlahan, baru tersedar jauh Tijah mereka tinggalkan.
Samad menunjukkan simbol tangan OK kepada Tijah, basikal mereka di belok ke kanan. Ada lebih kurang 100 meter lagi untuk sampai ke kedai ah chong, kedai runcit keluarga ketua kelas mereka.
Ayub dan Samad sampai dahulu, Samad menongkatkan basikalnya, manakala Ayub meletakkan basikalnya di tiang kedai runcit ah chong, basikalnya tidak mempunyai tongkat.
"lajunya kau berdua tinggalkan aku" kata Tijah sebaik dia sampai, di rebahkan sahaja basikalnya di tanah. Huh! Malas nak menongkatkan basikal lah tu.
"bukan kitorang yang laju, kau tu yng lambat" balas Samad.
Tijah tersenyum. "nak beli air juga tak?"
"ko nak belanja ke? Kalau ye, aku okay je. Cola satu." Ayub menjawab
"kau Samad?" Tijah memandang Samad
"samalah"
"okay" tijah masuk ke kedai ah chong, samad dan ayub tunggu di kerusi luar.
Kedai ah chong ni lain sikit, dia memang kategori kedai runcit, tapi dia buat ala-ala kedai tujuh sebelas, ada tempat lepak-lepak, kalau- kalau nak minum panas, makan megi ke, air panas disediakan, coffee cup ada, maggie cup ada, semua yang cup cup pokoknya adalah. Dia macam restoran tapi bukan, macam kafe tapi juga bukan.. kedai runcit ah chong sekadar buka meja kerusi untuk pelanggan yang nak ambil angin, yang nak duduk-duduk minum kopi instant sambil tengok pemandangan sawah padi di kampung Tolu.
Tijah keluar dari kedai ah chong membawa dua tin coke, dan setin air bunga. Tijah menuju ke arah ayub dan samad, tijah menarik kerusi dari meja sebelah kemudian duduk bersama mereka.
"eh, tijah, cubalah ko tongkat baik-baik basikal kau tu, halang jalan orang lah, dah lah kau biar tengah jalan" bebel ayub.. ayub memang suka membebel.
Tijah meletakkan air di atas meja, kemudian melangkah malas ke arah basikalnya, dia menarik basikalnya lalu menarik tongkat basikalnya sebagai sokongan kepada basikalnya.
Tijah. Tijah tak suka memperbesarkan sesuatu keadaan, baginya kalau benda yang hendak di argue betul dan menurutnya ada faedah dia akan cuba betulkan balik. Kalau tidak ada faedah untuk dirinya, dia hanya akan berdiam diri, dan menjauhkan diri untuk tidak terlibat sama. Ingat tidak di episod samad, saya ada cerita kenapa vivie takut kepada tijah.. sebelum kedatangan samad ke sekolah, cerita dua tahun yang lepas, tijah merupakan salah seorang daripada geng diva yang diketua oleh emily. Menurut tijah, dia tidak pernah mengoffer diri untuk masuk ke dalam geng diva emily, tapi oleh kerana tijah merupakan salah satu pelajar cantik sekolah chinta maka menurut mereka dia layak masuk ke dalam geng diva. As I said before, tijah tidak suka memperbesarkan hal yang tidak akan membawa faedah kepadanya, jadi dia tidak membantah atau mengiyakan usul emily untuk memasukkan namanya dalam geng diva, tijah suka berkawan dan dia tidak ada masalah untuk berkawan dengan geng diva emily, asalkan mereka tidak membuat perkara yang menurut tijah akan membawa dia kelembah kemusnahan, tijah okay. tijah masih selesa berkawan dengan mereka. Mereka berkawan baik, tidak ada masalah. Tijah tidak banyak cakap, saat emily dan yang lain-lain membuli pelajar lain, tijah hanya melihat dari jauh, malas hendak masuk campur, bukan halnya katanya. Lagi pula, kalau dibantu, yang dibuli itu tidak akan tahu macam mana nak defend diri sendiri daripada dibuli. Emily dan yang lain-lain tahu tijah tidak suka membuli orang, dan tijah akan duduk jauh saat mereka membuli pelajar yang lain. Dan ini sedikit sebanyak mencabar kredibiliti emily sebagai ketua. Emily bercita-cita menjadikan tijah sebagai asistennya tapi kalau tijah tak ingin berkompromi dengan apa yang mereka lakukan bagaimana emily mahu mengrekrut tijah sebagai esistennya.. emily menyatakan hasratnya kepada tijah, dan tijah menolak dengan baik
"emily, maaf. Aku tolak pelawaan kau. Kau tahu aku tak suka apa yang korang buat. Cuma aku malas nak cakap saja. Banyak lagi yang teringin nak jadi esisten kau tu.. kau tak nampak ke macam mana desperatenya si vivie tu suck up kau sebab nak naik pangkat dalam group kau tu" jelas tijah saat emily mengutarakan ideanya untuk menaikkan hierarki tijah.
"group aku? Itu group kau juga kan?" emily meminta kepastian. Sedikit janggal bagi dia bila mendengar penyataan tijah.
"tak" balas tijah
"jadi selama ini, kau ikut kami kemana saja tu apa? Bukan kawan namanya?" suara emily sedikit naik.
"emily, aku ikut sebab kau orang yang bawa aku, tijah jom ke kantin, jom kawan aku ke tandas, jom lepak pondok. Korang yang ajak aku. Dan sebagai rakan aku tak rasa ikut ajakan kamu ke kantin, teman ke tandas dan melepak itu memberikan alasan yang kukuh untuk bagitau yang saya salah seorang geng buli kamu" jelas tijah
"Macam juga aku temankan ana dan silvia ke tandas dan library, tak menunjukkan yang saya ini geng budak skema dalam kelas. Macam juga aku teman ayub ke latihan debate english setiap petang, tetap tak menunjukkan yang saya ini seorang debater' sambung tijah lagi.
"jadi maksudnya, selama ini kau lepak dengan kami tu sekadar suka-suka saja?" emily meminta kepastian
"bukan saja-saja. Kawan kan" tijah menjawab
Emily tertawa sedikit, ada nada sedih, marah, kecewa tetapi lega pada bunyinya.
"huh! Padanlah" hanya itu yang terkeluar dari mulut emily. Tijah merasa bersalah
"alah, emily. Sorry lah kalau aku buat kau terasa" tijah memohon maaf.
"eh, tak pa lah. Aku faham.. sekurang-kurangnya kurang saingan aku" emily mula memandang hal ini dari sudut positif.
'okay juga tijah tak masuk. Itu ertinya aku still boleh jadi ketua' monolog emily
"tapi kau masih kawan aku kan" soal emily kepada tijah. Dia tak nak kehilangan kawan yang dirasakan sama popular dengannya, kawan yang dia rasa sama level untuk berjalan sebelah menyebelah.
"semestinya" jawab tijah positif.
Mereke berdua kembali menjadi akrab. Vivie lega mendengar kata-kata tijah. Tapi dia masih belum puas hati. Dia tak nak emily rapat dengan tijah. Bagi dia tijah masih saingannya. Selagi tijah berkawan dengan emily selagi itu dia takkan jadi gadis popular dalam sekolah ni. Dia harus buat sesuatu. Ya.. harus buat sesuatu. Vivie menoleh ke kiri. Pelajar baru. Ayub namanya.
Kemasukan samad ke kelas mereka merupakan sesuatu yang menarik bagi emily, ayub pelajar daripada bandar. Tinggi betul kasta pelajar yang berasal dari bandar. Kenapa mereka dipandang tinggi? Sebab kehidupan mereka dibandar menunjukkan yang mereka adalah manusia yang lebih bertamadun daripada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman. Mereka punya aura karisma yang kuat. Konfiden namanya.
Langkah pertama samad kedalam kelas cukup membuatkan jantung emily gugur. Dia sudah jatuh cinta. Samad diarahkan untuk duduk di sebelah tijah. Ini membuatkan hati emily bertambah seronok. Ok lah samad duduk dekat tijah, ada alasan untuk menegurnya nanti. Emily telah mendrafkan rancangan perbualannya nanti. Vivie perasan akan hal itu, dan dalam diam dia membaca draf emily. Dia juga ingin menggunakan draf itu, dia juga menaruh hati pada samad.
Tijah duduk di tengah antara samad dan ayub. Ayub ketika itu sibuk dengan latihan debat. Dia akan mewakili daerah untuk ke pertandingan debat peringkat negeri. Ayub perlu fokus. Jadi tugas untuk membawa samad mengelilingi sekolah terpaksa disandang oleh tijah seorang. Samad senang dengan tijah. Gadis yang baginya tidak tergedik-gedik seperti kawan-kawannya di sekolah lama. Emily dan vivie tidak melepaskan peluang yang ada. Mereka turut sama membawa samad keliling sekolah. Pandangan samad mengenai semua pelajar perempuan luar bandar lemah lembut dan pemalu meleset sama sekali apabila mengenali emily dan vivie. Setiap hari emily dan vivie tidak henti-henti mengganggu samad. Samad mula merasa leceh. dia mula memberikan respon suam-suam kepada mereka berdua. Emily tidak mengetahui yang vivie juga suka kepada samad, baginya vivie hanya ingin menolong dia mendapatkan samad. Tanpa emily tahu, vivie telah meluahkan perasaanya kepada samad. Namun samad menolak dengan baik. Hal ini sudah tentu membuatkan vivie kecewa namun ada sedikit rasa lega apabila samad menyatakan kepadanya yang dia juga tidak suka emily dan tijah lebih daripada seorang kawan.
Bagi samad Emily seorang gadis yang gedik, pentingkan kecantikan dan juga fame. High maintenance . Berlainan dengan tijah yang santai dan cool, samad lebih selesa dengan tijah. Emily perasan akan hal itu, timbul rasa cemburu. Dia pernah bertanya dengan tijah akan pendapat tijah tentang samad. Jawapan tijah yang biasa-biasa itu dapat menyejukkan sedikit api cemburu emily. Suasana ini memberikan vivie satu idea untuk memecahkan persahabatan emily dan juga tijah. Dia telah menghasut emily, menyebar khabar angin yang tidak betul mengenai tijah dan samad kepada emily. Pada mulanya emily tidak terlalu terkesan dengan khabar angin ini, tapi apabila dia di santap dengan pelbagai cerita setiap hari, emily mula merasakan semua cerita yang disebar oleh vivie adalah betul. Bermulalah peperangan kecil diantara emily dan tijah. Tijah sedar akan hal itu dan pernah bersemuka dengan vivie.
"vivie, aku tahu kau banyak sebarkan gosip pasal aku dan samad"
"jadi kenapa?, bukan tak betul pun"
"bukan tak betul?" sedikit terkejut, tijah tidak menyangka begitu mudah vivie mengaku.
"kau rampas samad dari emily, sahabat jenis apa kau ni? Jerit vivie sedikit kuat, menarik perhatian beberapa orang pelajar.
"bila masa samad tu jadi hak emily?" tanya tijah tenang.
"kau tahu emily sukakan samad, yang kau terhege-hege melayan samad tu apahal?" tanya vivie, suaranya sedikit kuat daripada sebelum ini.
"dah dia duduk sebelah aku, takkan dia tanya aku tak boleh jawab" jawab tijah
"aku tahu kau dah pernah confess dengan samad, dan aku tahu dia reject kau. Aku dah lama perasan yang kau tak sukakan aku, kau tak suka aku dekat dengan emily. Sebab tu kau buat semua ni kan?" sambung tijah.
Vivie sedikit terkejut. 'tak guna punya samad. Boleh pulak dia cerita dengan budak tijah ni" monolog vivie. Vivie diam seketika mencari idea untuk counter attack tijah semula. Emily muncul di belakang tijah. Teng!! idea.
"eh! Aku tahu lah kau suka samad. Kau tak payah nak berpura-pura depan aku. Aku tahu. Kau dah tahu emily suka samad, tapi kau tetap nak luahkan perasaan dengan samad. Dan sekarang kau bercinta dengan dia. Dasar perempuan tak mengenang budi. Emily baik dengan kau tapi ini balasan kau terhadap emily" vivie sedikit menjerit. Dia berharap emily mendengar apa yang dibicarakannya. Tijah sedikit terkejut dengan penyataan vivie. Sejak bila dia luahkan perasan dengan samad.
"kau jangan..." belum sempat tijah menghabiskan ayatnya
"tijah!" kedengaran suara emily dari belakang. Tijah seperti terhantuk belakang kuali. Kini dia faham situasi apa yang sednag dirangka oleh vivie.
"betul apa yang vivie cakap tadi" tanya emily kepada tijah.
"tak.." sekali lagi tijah dia pintas, kali ini vivie.
"tak payah lah kau nak menegakkan benang yang basah tijah. Kau mengaku saja"
"aku tak sangka kau ni perampas kebahagian kawan. Kau makan kawan kau tikam aku dari belakang. Dasar perempuan murahan" teriak emily.
'oh oh oh.. ini sudah lebih' monolog tijah dalam hati, dia mengerling ke arah vivie, vivie tersenyum.
"emily, kau percaya dengan apa yang vivie cakap?" soal tijah kepada emily.
"ya, kenapa aku bodoh sangat nak berkawan dengan perempuan miskin macam kau, bapa kau petani, mak kau tak bekerja. Dasar keluarga miskin, pencuri! sudah tentu aku lebih percayakan vivie daripada kau" balas emily
Tijah tergamam. Ya, dia marah apabila latar belakang keluarganya dibawa. Ya bapanya seorang petani, ibunya pula seorang suri rumah, tapi mereka bukan miskin, mereka bukan pencuri. Penyataan emily baginya sudah melampau. Dan saat itu dia sedar, mula menerima first impression yang diberikan emily ketika mula-mula berjumpa dengan tijah, seorang yang sombong dan tidak befikir panjang, cepat sangat jump on conclusion. Dan bimbo. Tijah ketawa. Tidak ada guna berdebat dengan mereka.
"well, ha ha ha.. vivie cantik permainan kau, and emily terima kasih" itu saja yang tijah ucapkan sebelum berjalan pulang ke kelas. Berita ini tersebar pantas ke seluruh pelosok sekolah. Dan berita yang berjalan sudah tentu telah ditokok tambah oleh geng emily. Bagi mereka tijah adalah musuh mereka sekarang ini, tiijah akan dibuli oleh mereka. Tijah telah menceritakan semua ini kepada samad, baginya samad perlu tahu apa yang terjadi dari persepsi dia. Ini juga melibatkan samad. Samad hanya ketawa apabila tijah menceritakan hal ini.
"tak apa tijah, aku tahu benda ni akan jadi" samad ketawa
"maksud kau?" tijah bingung
"aku dah agak dah benda ni akan jadi. Gosip aku dengan kau dah lama aku dengar, aku saja diam, nak tengok sampai mana si vivie ni akan pergi. Hebat juga budak vivie ni." jelas samad. Masih ada sisah ketawanya.
"lah yeke?, memang. Aku sekaran ni dah jadi core enemy diorang dah" balas tijah.
"tapi tijah, kau okay ke? Aku dengar teruk emily maki kau, dasat juga perkataan-perkataan yang aku dengar" suara samad kedengaran serius.
"aku okay lah, tak terkesan pun, bukan betul pun apa dia cakap. Kalau aku terasa, itu ertinya aku mengiyakan apa yang dia cakap. Dia tak tahu pun keadaan keluarga aku macam mana" jawab tijah tenang. Samad memandang tijah dalam. 'Perempuan ni lain macam. Aku tak pernah jumpa perempuan macam ni' monolog samad
"tijah, kau nak jadi girlfriend aku betul-betul tak?" tanya samad serius
Tijah hanya memandang samad, kemudian dia senyum.
"dah, jom masuk kelas" tijah mengajak samad masuk ke kelas.
Samad ikut senyum. "jawapan ni mungkin yang terbaik" samad berkata. Mereka mula bejalan menuju ke kelas mereka. "mungkin" balas tijah.
Pelbagai cara telah dilakukan oleh emily and the geng untuk buat tijah sengsara dalam sekolah. Dan tidak ada satupun rancangan mereka yang berjaya, akhirnya tijah hanya menjadi mangsa umpatan sahaja. Selama dua tahun itu juga emily akan melakukan apa yang terdaya untuk memisahkan samad dan juga tijah. Tijah dan samad seperti biasa ketawa dan tersenyum membahas semua ini.
"mad, tijah dah ada ni, kau tak nak sambung cerita ke pasal cousin kau tu?" tanya ayub.
"ha ah lah" tijah baru teringat.
Samad yang tadi tersenyum melihat gelagat tijah menongkat basikal kembali muram.
"yelah, aku nak cerita lah ni"
.......