0 PUT YOUR THOUGHT HERE
Ayub - tiga sahabat episode 3-
Wednesday, November 29, 2017 @ Wednesday, November 29, 2017


kringggg... bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat dah tamat. samad berdiri. ceritanya dimatikan sejurus bunyi loceng tadi berdering
.
"jom masuk kelas" nantilah aku cerita. mereka bertiga berjalan beriringan masuk ke dalam kelas.

'gantung lah' monolog ayub. dia paling tak suka bila benda tak habis...

kelas selepas rehat, subjek bahasa inggeris, kelas Teacher Bridget, selepas itu perniagaan, then sivik kemudiannya pulang... yeahh..

kelas bahasa inggeris berjalan dengan baik. tidak ada yang menarik. asyik-asyik past tense, present tense, noun apa kebenda semua tu.. hailahh budak kelas aku ni. benda dah ulang-ulang dari darjah satu takkan masih tak faham!!! ayub nampak benar bosan dalam kelas bahasa inggeris.

Ayub merupakan debater bagi kelab bahasa inggeris SMK Chinta. dia adalah contoh pelajar self thoughts bahasa inggeris. ayub bukanlah lahir dari dalam kalangan keluarga yang backgroundnya menggunakan bahasa inggeris di rumah. memang ayub belajar bahasa inggeris di sekolah. tapi baginya bukan subjek BI sekolah yang membuatkan dia fluent berbahasa dalam bahasa inggeris. menurutnya dia pandai kerana inisiatifnya sendiri, kerana kesedarannya sendiri. dia ingin pandai bercakap sebelum belajar tentang tatabahasa bahasa inggeris. menurut ayub kita perlu belajar sesuatu itu tidak kira bahasa, sejarah, budaya, agama, kemahiran dalan lain-lain lagi secara umum dahulu. bila kita suda pass, baru kita belajar dengan lebih dalam lagi. analoginya seperti kita belajar tentang haiwan. pertama kita perlulah tahu membezakan mana satu kucing, mana satu anjing. bila kita sudah dapat bezakan dan kategorikan haiwan-haiwan ini kepada kategori masing-masing, familiar mana satu yang dipanggil anjing dan mana satu yang dipanggil kucing, baru kita boleh pergi lebih dalam lagi, mana satu kucing bengal mana satu kucing persian. macam tu juga dengan BI, kita perlu familiar menggunakan bahasa inggeris dulu, bila dah familiar baru lah mudah kita belajar untuk kenal bahasa inggeris tu dengan lebih dalam.

macam bahasa harian kita, bahasa melayu.. mana ada budak-budak yang baru nak mula bercakap dididik tatabahasa dahulu baru mula bercakap, baru boleh berbahasa. kanak-kanak akan mula imitate apa yang ibu bapa mereka cakap di awal tumbesaran mereka, kemudiannya mereka membuat kefahaman mereka sendiri. sama juga dengan bahasa inggeris. sepatutnya sistem pengajian malaysia perlu ditukar. pelajar-pelajar sepatutnya dididik untuk menggunakan bahasa inggeris sebagai medium komunikasi terlebih dahulu. penguasaan vocabulary atau dalam bahasa melayu kosa kata itu dahulu yang perlu dikuasai pelajar, kemudiannya baru lah kita boleh buka buku pasal peraturan-peraturan bahasa.

Macam cerita anak-anak yang baru nak mula bercakap tadi, mereka baru mula bercakap dan kesalahan tatabahasa itu banyak, tapi takda siapa yang ketawa bila nampak kanak-kanak bercakap bahasa melayu tunggang terbalik kan, malah dikatakan comel dan pandai lagi. Lain pula halnya kalau dengan remaja, dewasa.
Yalah, masyarakat malaysia, lebih banyak mentertawa dari memperbetulkan. Kalau dah kawan hang salah sebut perkataan inggeris tu tak payalah gelakkan dia bagai nak rak. Cukup lah betulkan apa yang dia salah. Taklah dia malu nak gunakan bahasa inggeris lain kali.. tapi tabik spring untuk mereka-mereka yang tak malu gunakan bahasa inggeris walaupun broken english… tapi hei… untuk mereka-mereka yang broken english tapi speak in a full sentence tau… bukan yang suka rojak habis… (eh!! aku pun buat lah)

Ayub pernah membahaskan idea mengenai sistem pendidikan malaysia ini dengan guru BI nya teacher Bridget.. T.B cakap. Cantik idea kamu ayub. Tapi kamu tahu. Sistem pendidikan malaysia ini kononnya digubal oleh orang-orang akademik.. dan lagi satu, tak semua pelajar macam kamu yang dah tahu kepentingan bahasa inggeris ini. Jadi teacher tak dapat buat apa, selain minta kamu bersabar dalam kelas. Ayub akur. Sememangnya orang kerdil macam ayub siapa saja dimata mereka.

Ayub ke sekolah menaiki basikal, sama seperti tijah dan juga samad, tijah sebelumnya hanya jalan kaki, tetapi apabila berkawan dengan ayub dan samad dia ingin kesekolah dengan basikal juga. Puas dipujuk emak abahnya untuk belikan dia basikal tapi tak dapat. Alasan mereka duit. Tapi sebenarnya bukan duit masalahnya, tapi risau.. tijah seorang sahaja anak perempuan mereka, mereka tidak ingin tijah menjadi tomboy, mereka takut itu. Bagi mereka yang berbasikal ke sekolah hanyalah budak-budak lelaki. Tapi tijah pintar, ditunjuknya gambar basikal berwarna merah jambu, di pemegangnya ada tassle rambu ramba warna pink dan kelabu, ada bakul comel di hadapan basikal, pokoknya the ultimate girly bicycle ever picture yang dia bagi tengok parent dia.. so muncullah basikal pink itu di hadapan rumah keesokan paginya. Tijah tak kisah itu, sebab memang warna kegemarannya pink.

Waktu pulang di parking basikal, ayub dan samad menunggu tijah keluar daripada tandas. Sementara menunggu tijah, ayub bertanya kepada samad,
“kau dah okay ke samad?”
“Ok, kenapa?”
“takda lah tadi bukan main marah, sekarang dah tak marah lagi ke?” soal ayub mengambil kepastian..
“oh” samad tersengih sedikit “aku emosi lebih je tadi tu, dah lama sikit okaylah”
“syukurlah… bila kau nak sambung cerita ni” ini sebenarnya inti soalan ayub yang berbunga-bunga tadi.
“jap lah, tunggu tijah, mana best cerita kau sorang je” samad pula berkata.
Ayub mengangguk setuju dengan kenyataan samad. Sememangnya gosip takkan lengkp tanpa kehadiran perempuan.

Dari jauh kelihatan tijah berjalan bersama beg merah jambunya dan juga botol air kelabu.. cantik nya tijah.. tapi samad dan ayub hanya memandang sebelah mata.. tidak boleh ada cinta antara mreka bertiga. Mereka sahabat dan sahabat kekal lebih lama dari sepasang kekasih. Itu menurut mereka. Tinggal beberapa meter lagi tijah sampai kepada ayub dan samad, dia dipanggil. Zack. Zack bercakap sebentar dengan tijah, entah apa yang mereka bicarakan, ayub dan samad hanya melihat.. muka samad kelihatan mula merah.. ayub menoleh kearah samad. Dah kenapa dengan kau ni samad? Kau cemburu kah? Kau suka tijah? Persoalan ini bermain di kepala ayub, tapi ayub diam, dia tak tanya samad. ‘lain kalilah aku tanya, samad kau jangan main api samad. Tijah selesai bercakap dengan zack, dan kembali meneruskan langkahnya ke arah samad dan ayub..

“eh, tijah, kenapa zack tu?” ayub bertanya
“oh, dia tanya aku tinggal kampung mana… eh dia tinggal kat kampung kita lah” tijah menjelaskan.
“itu saja?” soal samad
“ah, dia nak minta tumpang balik, tapi aku cakap je aku balik naik basikal, jadi tak dapat nak tumpangkan, aku suruh dia tanya kau orang berdua, manatau kau orang sudi tumpangkan dia” kata tijah sambil dia menaikkan tongkat basikalnya.
“tapi dia cakap, tak apalah, tak biasa lagi kot dengan kau berdua” sambung tijah lagi.
“alah… pandailah orang tu ambil dia balik karang, lambat sikit je nak minta tumpang” bebel samad perlahan, tapi masih mampu didengari ayub dan tijah. Mereka berpandangan, ayub angkat bahu, tijah juga sama.