0 PUT YOUR THOUGHT HERE
khas untuk encik hati -sahabat-
Friday, November 15, 2013 @ Friday, November 15, 2013


Encik hati... Jangan maen3 dengan dia... Sekali dia sakit merana hidup.. Heheh post ni sebenarnya khas untuk anak-anak muda yang hati dia masih rapuh... Sebab menurut kajian.. Anak muda berumur remaja, hatinya masih rapuh, masih mencari-cari jati diri, nilai sebenar diri mereka, dan sememangnya mereka perlukan banyak dorongan baik dari orang sekeliling... Tak boleh terlalu push mereka, dan tak boleh bagi mereka bebas sangat, itulah masalah orang tua sekarang, sebab dia tak dapat apa dia nak masa dia budak-budak dulu, dia either nak anak dia dapat apa yang dia tak dapat masa kecil sebab tanak anak dia rasa macam apa yang dia rasa dulu ataupun, dia sedar kenapa dia tak dimanjakan sangat time kecil dan dia nak anak dia ikut apa yang mak ayah dia buat dekat dia dulu. sebanarnya saya tak layak untuk mengkritik hal ini, sebab saya sendiri belum berkahwin apatah lagi ada anak.......

tapi Peluang menjadi guru praktikum mengajar saya banyak tentang hal ini sekaligus. sikap manusia... Jangan tidak tahu... Saya dari dulu sememangnya sangat suka perhatikan tingkah laku orang sekeliling saya, sampaikan kadang2 saya dapat baca fikiran orang tu... But, the thing is.. Saya manusia biasa bukan tuhan.. So haruslah ada salahnya di situ... heheh... so kembali kepada masalah hati....

kalau hati sudah sayang... apa pun hati sanggup buat, even ditegah oleh otak yang rasional ini, kalau hati sudah utuh nak buat benda tu kita akan buat.. macam tu juga dengan cinta.. okay.. saya tak pernah bercinta masa sekolah!!(( "refer post terdahulu mengenai post cinta dua hari")) dan saya tak pernah menyesal tak bercinta masa sekolah.. why, sebab kalau saya bercinta saya akan sibuk dengan hati saya seorang sahaja, saya tak sempat tengok aras hati kawan2 saya yang lain... saya dah banyak dengar masalah hati ni... tak kira lah, sahabat, cinta, mak ayah, keluarga.. banyak sangat!! dan dari kes2 "ceh macam detective pulak kan" inilah saya belajar dan tahu sedikit sebanyak mengenai kondisi hati.. saya tak cakap saya pakar, saya tak ambik pun kelulusan psikologi, tapi ini lah, benda inilah yang para guru akan alami nanti... dan terpulang kepada guru sama ada nak mengajar ank murid ataupun mendidik anak murid... fahami ya maksud mengajar dengan mendidik!!!

khas untuk bekas anak muridku, yang suda saya anggap macam adik saya sendiri, mungkin anda akan bosan baca post ni.. sebab post ni mengarut je banyak heheh, tapi ni semua ada manfaatnya buat kamu.. ok. baca ni... tapi ingat post ni bukan fakta tapi kata-kata yang keluar tulus dari hati cikgu tauuu.

sahabat...

"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad).

sahabat ni ada macam macam jenis, ada yang membawa kita kepada kebaikan dan ada yang membawa kita kepada keburukan, hati sahabat ni kadang-kadang kita lupa nak jaga, padahal sahabatlah yang dekat dengan kita.. hati sahabat ni kadang-kadang kita lupa nak jaga, padahal hati sahabat tu lah cepat rapuh, hati sahabat ni kadang-kadang kita lupa nak jaga, padahal sahabatlah yang selalu nak jaga hati kita.. kadang-kadang kita rasa kita dah cukup jaga hati sahabat kita, tapi jangan tak tahu, different human need different needs... macam dalam perdagangan kehendak manusia tidak akan pernah sama.. bergantung kepada kemampuan dan keadaan orang tu.. macam tu juga dengan sahabat, mungkin dia tidak perlukan kamu untuk bagi dia hadiah teddy bear besar untuk kamu tunjuk betapa kamu sanggup beli apa sahaja untuk sahabat kamu itu, padahal apa yang dia perlukan cuma telinga kamu untuk mendengar, suara kamu untuk menasihati... itu sahaja.. benda simple, tapi bila ada konflik kita akan mudah mengungkit perkara lepas "aku dh bagi kau macam-macam, aku sanggup tak makan dekat sekolah semata2 nak kumpul duit beli teddy bear untuk kau, tapi apsal kau buat aku macam ni hah??" then tapi fikirlah balik, ada ke kawan tu suruh awk belikan dia teddy bear, ada ke dia suh awk belapar tak makan dekat sekolah?? tak ada kan... jadi back to the problem, semua start dari kita jugak, kita tak boleh salahkan kawan kita seorang sahaja, ye mungkin dia salah, tapi kita tengok balik keadaan dia macamna... kita tengok dia jenis macamna.. manatau dia jenis tak boleh berjauhan, dia sentiasa nak ada orang dekat dia... tapi kena tengok jugak.. kalau dah dia yang melebih-lebih tak nak kawan dengan kita, that is her problem... kena ingat ye kita tak boleh sentiasa kalah, mengalah kita bersebab, menang kita juga bersebab.. jangan nak menang membabi buta, dan jangan nak mengalah dengan mudahnya.. padahal kita tahu yang bukan kita yang salah!!! takkan asyik kita sahaja yang kena mengalah dengan kawan kita tu... So intipatinya di sini dalam bersahabat tu harus ada yang menarik dan harus ada yang menolak... Tak boleh dua2 nak menolak, dan tak boleh 22 nak menarik... Macam magnet bila dua2 hujung yang sama di satukan magnet tu pasti tanak lekat kan... Macam tu jugak dengan sahabat, bukan semua dia betul dan waktu tu kita kena tolak dia dari terus buat salah. Faham tak??

Ahhh... Rasa macam tiada point pulak post ni... Ahh what ever lah.. Teruskan saja... Heheh ahh penatlah buat blog ni... Tak maen draft wei.. Tp td sempat gak makan... Hehehe oklah... Sampai sini dulu... Nt bahagian kedua akan menyusul...