1 PUT YOUR THOUGHT HERE
samad -tiga sahabat- 2nd episode
Sunday, November 5, 2017 @ Sunday, November 05, 2017


Diam. "samad diam je hari ini. kenapa eh" tanya tijah kepada ayub. hairan mereka berdua. selalunya samad lah orang paling bising dalam kelas. takkan pernah habis dia bragging pasal diri dia. tapi kali ini, hari ini, dia... dia kenapa? ayub pusing ke arah tijah. " ko tak nak tanya dia ka?" soal ayub " gile ko tak nak tanya, hati aku ni bagai nak mengaum teriak ke dia nak tanya apa pasal dia macam tu" jawab tijah. "dah tu apa lagi, jom lah" mereka berdua menuju ke arah samad.

samad yang sedang merenung ke luar jendela, bayu pagi meniup lembut (macam lirik lagu daa).
"samad ko dah kenapa?" soal tijah. samad diam "eh, samad. org tanya ni" ayub masuk line. samad diam. 'dah kenapa dengan kawan ko ni tijah' eh eh tiba-tiba tak nak mengaku kawan pulak dah. dak ayub ni memang kejap tacing. 'kau ni ayub, relek lah... itupun nak tacing" kata tijah dengan nada sarkastik.

cikgu senah masuk ke dalam kelas..

"eh.. eh cikgu masuk tu...  jap, siapa yang ikut cikgu senah tu?" soal emily, pelajar paling cantik, popular dan mempunyai saham yang agak tinggi di kalangan pelajar-pelajar lelaki.

sampai sahaja cikgu senah di meja guru, ketua kelas mula memberi arahan.

"selamat pagi cikgu" laung ah chong
"SELAMAT PAGI CIKGU" laung pelajar lain secara serentak.

"selamat pagi pelajar-pelajar sekalian, kamu semua boleh duduk" balas cikgu senah

kesemua pelajar duduk.

kelihatan beberapa orang murid saling bisik-berbisik, terutamanya pelajar-pelajar perempuan.

persoalan utama, siapakah insan kacak yang ikut cikgu senah masuk ke dalam kelas. bebadan sado, memakai baju sekolah, putih bersih, bertali leher kemas dan kasutnya... 'OMG VANS!!'

murid barukah? anak siapa? dari mana? tinggal mana? nombor telefonnya?

"ini pelajar baru kelas kamu semua, namanya Zack. baru pindah dari KL.
pelajar lelaki yang memegang nama zack ini melangkah setapak di hadapan, sambil tersenyum dia berkata,

"selamat pagi semua, saya harap rakan-rakan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya, dan sudi menjadi kawan saya"

ayat pertama yang keluar dari mulut zack. suaranya jangan cakap.. urggg macho gilerr.. ko bayangkan suara bront palarae. bikin cair punya suara!!!

Tijah seperti pelajar perempuan lain dalam kelasnya terpesona dengan kekacakan zack.

'aduh" keluh tijah,

dia terus menoleh ke arah ayub yang telah menyiku tangannya.

"kau ni dah kenapa?" tanya tijah

"ko tengok c emily tu" suara ayub perlahan menahan ketawa.
pantas tijah mengalihkan pandangannya ke arah emily.  terbeliak mata tijah

emily umpama cacing kepanasan... tak senang duduk. matanya tak lepas dari memandang wajah zack. dia menggigit bibirnya. ya tuhan.. perempuan ni dah kenapa. menggeletis bukan main. tak boleh nampak lelaki elok sikit rupanya, penyakit ulat bulu dia akan datang.. tijah pasti, emily akan buka langkah kejap lagi.

"baiklah, zack. kamu boleh pilih mana2 kerusi kosong dalam kelas ni" kata cikgu senah.

"zack!, awak boleh duduk kat sini"  panggil emily, serentak dia mengambil beg vivie menolaknya ke arah dada vivie, seraya mengarahkan vivie untuk duduk di tempat lain.

mari saya ceritakan sedikit tentang emily

emily merupakan gadis paling popular di sekolah, dan seperti sekolah-sekolah yang lain, gadis popular pasti ada clique mereka yang tersendiri. terdapat 4 orang yang ada dalam clique emily, emily sebagai ketua, vivie, asrin, dan diana. emily dan vivie sekelas manakalah asrin dan diana merupakan pelajar kelas sebelah. bersama, mereka mampu membuatkan seseorang pelajar perempuan mengalami kemurungan sepanjang tahun. dan satu lagi. asrin bukannya perempuan tapi lelaki metroseksual.. yang pentingkan gaya... antara mereka semua asrinlah yang sebenarnya paling drama dan diva. tapi oleh kerana dia agak kurang tulen, emily mengambil tempat itu.

okay. sambung semula.

vivie mula mengambil langkah, menujuh ke arah tijah. tidak ada pelajar yang duduk di sebelah tijah. sebenanya meja kosong sebelah tijah adalah kepunyaan samad. dan oleh kerana samad seorang yang rabun dan degil tak nak pakai kaca mata, atas alasan kemachoan dia akan hilang, dia diarahkan duduk di hadapan kelas. tinggallah tijah dan ayub di belakang.

"eh, awak. tidak apa. saya duduk di sini"
belum sempat vivie melangkah lebih jauh, pantas zack menuju ke arah tijah dan duduk di sana.
vivie, tersenyum gembira, dan kembali ke arah tempat duduk asalnya. dia gembira, takut sebenarnya untuk duduk di sebelah tijah. ini semua sebab kejadian itu. kejadian apa? nanti saya ceritakan.

"apasal ko lambat sangat!'
bisik emily, marah. matanya tajam memandang vivie. vivie tunduk
emily kemudian mengalihkan pandangannya ke arah tijah. cemburu

'menyesal aku hasut cikgu senah suruh dia pindahkan samad duduk dekat depan'

ayub memandang ke arah samad, dia masih belum puas hati dengan gelagat samad pagi ini.
samad hanya memandang zack. mukanya merah, marah.

'kenapa pula dengan si samad ni' bisik hati ayub
ayub kemudiannya membisikkan sesuatu ke telinga tijah. tija mendongak memandang samad.
'ya, samad tengah merenung zack. nampak marah'

kelas kemudiannya berjalan lancar. tidak ada apa-apa perbualan yang wujud antara zack dan tijah semasa guru ada di dalam kelas, ini kerana tijah tidak suka berbual ketika guru ada dihadapan, tidak sopan katanya. berlainan pula keadaannya jika tidak ada guru di dalam kelas. bukan tija tidak cuba untuk beramah mesra tapi..... fikir tijah. dia perlu membiasakan diri dengan zack, bukan apa zack adalah pelajar yang akan duduk di sebelahnya sepanjang tahun ini. jadi silaturrahim itu perlu. bila saja tijah ingin memecah kesunyian emily pasti datang menganggu. akhirnya tijah hanya bercerita dengan ayub.

'waktu rehat'

ayub jalan beriringan dengan tijah. mereka menuju ke arah samad.
'samad, jom pondok'

samad masih seperti tadi. murung. tapi kali ini dia bersuara
'ok' balas samad lantas berdiri dan berjalan di belakang tijah.

mereka tidak perasan, mata zack mengekori pergerakan mereka

'samad kau okay ke?" tanya tijah
"aku okay tijah, cuma ada sikit problem" samad mula membuka cerita
"sikit?? aku tengok muka kau pagi tadi macam tengah menghadapi masalah yang banyak tu bukan sikit" kata ayub sedikit tersengih

"kau ni ayub!!" marah tijah.
"kau tak nak cerita dekat kami ke?" sambung tijah
samad kembali diam
"manatau kami boleh tolong" pujuk tijah. samad mengeluh. baiklah macam ni

"sepupu aku dari KL datang" samad kembali diam, tijah setia menunggu. ayub nampaknya susah mengawal sabar. tijah mencuit ayub memberi signal agar berdiam diri sahaja. ayub akur.

"aku bukan tak suka sepupu aku datang sini, tapi susahlah aku nak explain, kalau aku explain dekat kau dua orang, jangan gelak tau" samad memberi arahan.

tijah dan ayub berpandangan. mereka menahan senyum. kalau dah begini cara samad memulakan ceritanya, yakin 100 persen yang masalah ayub ni bukanlah sebesar mana.

"sepupu aku. dia anak pak long belah mak. dari kecil kita dua orang memang tak sebulu memang tak boleh ngam, walaupun kami berdua sahaja yang lahir tahun sama membesar 14 tahun bersama-sama di rumah yang sama. Dua tahun aku hidup bahagia selepas ayah bawa pindah tinggal kampung" dan sekarang dia datang nak rosakkan kembali hidup aku, aku tak suka"

samad mukanya merah, kelihatan marahnya.