0 PUT YOUR THOUGHT HERE
pengenalan - tiga sahabat-
Thursday, August 28, 2014 @ Thursday, August 28, 2014


Ehem ehem…  nama aku ila, aku pencerita bagi cerita ini. aku bukan watak utama dalam cerita ini, bosan kot semua novel macam gitu aje… pencerita tulah watak utamanya, sesekali tukar angin tak salah kan, bagilah pencerita duduk relek cerita fasal orang lain. Bukan apa, memang culture orang Malaysia bercerita fasal orang lain.. la ni biak  lah kita bawa budaya masyarakat malaysia dalam cerita yang direka oleh aku ni… hamboii kau…

(aku belajar slang2 bahasa masyarakat di semenanjung ni dari kawan seuniversiti aku, bukan pandai mana pun, bolehlah sekadar membuat kawan-kawan aku meremang bulu roma dengar aku guna logat negeri diorang btw: aku Sabah.
Berbalik pada cerita aku, cerita ni mengisahkan fasal tiga sahabat baik, yang baiknya minta ampun….. terlalu lah rapat sampai berapa lama sorang ambik masa untuk kencing tepi longkang pun yang lain tahu. Eloklah aku bagitahu nama tiga peran utama dalam cerita pendek aku kali ni..

1: Samad. samad ni anak kacukan, bangganya dia dok khabar dengan orang kampung yang dia tu anak kacuk. Fuh… kononnya takda orang dalam kampung yang setanding genetik dia. Semua anak muda dalam kampung ni tak boleh harap genetik dia, tu fasal sekolah tak pernah nak ranking satu.

“Asyik aku je yang ranking satu dalam kelas, budak lain takde fight langsung dengan aku”

kata samad suatu hari.

Elehhh.. setakat mak orang KL pak orang Johor je kowt… kacuk apenye?… kacuk negeri katenye… sudahlah samad, hang dapat ranking satu dalam kelas tu pun sebab hang duk kelas paling hujung, dah tu 12 orang je murid. Salah satu penyebab samad ni jadi begini adalah kerana hasil didikan mak dan paknye juga… bukan ape, dulu waktu si samad dapat rangking satu dekat kelas hujung tu, paknye buat kenduri kesyukuran, ambik kau sehari semalam majlis berlangsung, kalah dah mak iti punya majlis kahwin ari tu. Sekor juga lah lembu tumbang gara-gara kendurinya si samad ni. Orang kampung pun duk puji-puji samad pandai, yelah.. kalau tak dipuji tak merasa daging masak kicap maknye samad.. sodap wa bilang sama lu. Ok cerita samad dah tamat. Kita masuk pula kepada watak yang kedua.

2: Ayub.ayub ni pendiam orangnya, sepatah kau tanya, 4 patah je dia jawab. Faham tak sarcastic yang aku buat???  alhamdulillah… (tadah tangan biar ikhlas).  Nak dijadikan cerita, hari tu samad sakit tekak, teruk sangat sampai suara hilang. Maknye risau bawa ke klinik masyarakat, ‘medical asisten’ cakap tak de pape, biasalah sakit tekak ni.. seminggu dua insha Allah suara ayub ni datang balik. Balik dari klinik maknye singgah ke kedai rakyat, beli bahan bahan masakan. Banyaknya maknye beli sampai penuh satu bonet. Ayub pun dengan terkocoh-kocohnya menaip sesuatu di telefon bimbit

‘nak buat apa bara-barang ni semua mak’

Disua telefon ke muka mak nye

“oh. Takde, mak nak buat kenduri doa selamat sikit. Kau kan sakit.”

Tetiba kelihatan ade manik-manik kristal di hujung mata ayub.  Hah!! Tacing pulak dak ayub ni. Ayub yang dulu kemain kontrol dia punya macho depan awek-awek kampung akhirnya ketahuan kelemahannya..

‘ya, aku anak mak’

‘terima kasih mak, sayang mak’

Tapi nampaknya keterharuan ayub tak berpanjangan. Masa kenduri berlangsung, ayub tak sengaja terdengar perbualan maknye dengan kawan-kawan seumuran mak mak di dapur.

“kesian ayub tu, teruk sangat ke sakitnye sampai kena buat kenduri bagai ni senah?”

Mak iti bertanya,

“sebenarnya, niat aku nak buat kenduri kesyukuran sebab dia sakit”

Eh, lain pulak mak ayub ni, orang selalu tak senang duduk kalau anak sakit, lain pulak dengan maknye ayub ni.

“aik, gitu pulak?”

Mak limah pula bertanya

“yelah, syukurlah. Kalau dia sihat kemain mulut dia pot pet pot pet, ngalahkan nek jemah sebelah rumah tu. Ade je yang nak dibebelkan”

Ha ha ha ha ketawa mak mak kampung tolu tulun bergema

Ayub yang kesedihan membawa tangisan di belakang tandas rumah.
Itulah cerita ayub. Banyak lagi kisahnya budak ayub ni, tapi aku cerita lain hari la ye… tak cukup korum nak tambah sekarang.

3: masa untuk watak tijah pulak. Tijah, comel budaknye. Muda setahun daripada samad dan ayub. Cuba teka nama sebenar tijah? Khatijah? Hadijah?  Tak.. nama penuh tijah tak da kena mengena dengan kata pangkal nama tijah pun. Nama penuh tija sebenarnya. Arisa melisa. Ok meh kita WOW sikit…
“WOW” nama kemain punya canggih, tapi dari mana datang nama tijah pulak?
Hah ni yang I nak cerita uolss ni. Tijah ni lahir dekat kl. (ok so nombor ic dia dah tentu tentu akan ada nombor 14) mak dia yang bagi nama ni, semua sebab pengaruh novel-novel cintun maknye. Tapi tijah ni waktu kecil selalu aje sakit, kuning lah, demam lah… dipendekkan cerita maknye pun bawalah balik kampung, nak berpantang rumah mak bapak katenye, sekali berharap sakit baby tijah ni boleh berkurang sebab nenek si tijah ni bidan kampung, maan tau sakit si tijiah ni boleh hilang dengan ubat-ubat tradisional. Oleh sebab tijah ni selalu je sakit sakit, atoknye pun ambil keputusan menukar nama arisa melisa kepada tijah, tapi dekat ic nama tijah ni tetap arisa melisa. Cuma nama panggilannya aje yang bertukar.  Dah tukar, tup-tup baik pulak si tijah ni. Atok nye kate, nama arisa melisa tu tak sesuai dengan tijah tu fasal asyik sakit je.

Ok hal ni, korang jangan nak bantai percaye pulak.(kes ni aku ambil dari kes-kes yang berlaku depan mata aku sendiri) tak tahu kalau betul atau tidak yang nama mempengaruhi kesihatan seseorang. Terutamanya ketika masih bayi.  Allahualam.
Ok dah selesai sesi pengenalan samad,ayub dan tijah.. kalau ada cadangan boleh bagitau. ok


Labels: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,