internet 2004
Tuesday, July 1, 2014 @ Tuesday, July 01, 2014
ok aku bagitau awal-awal... aku duduk dekat kawasan pedalaman sabah... penerimaan ciptaan dunia yang benar-benar hebat iaitu internet aku terima agak lambat.... seingat-ingat aku, aku mula2 buka internet semata-mata nak main MIRC... aku mungkin berumur sekitar darjah empat atau lima... aku tak ingat... waktu tu aku belum kenal yahoo, google apatah lagi..
masuk ke tingkatan 2 mungkin.. aku ikut member aku turun pekan.. pekena cyber cafe barang sejam dua.. perancangan nak ke cyber cafe suda dirancang sejak minggu-minggu yang sudah.. perancangan awal diperlukan.. barulah penyimpanan wang jajan terhasil..
aku ingat lah waktu tu aku nak cari maklumat pasal selebriti lelaki yang aku rasa hensem... -aku tipikal perempuan-
ingat, masa tu aku belum kenal bradpitt... sungguh aku ketinggalan...
sampai cyber cafe, member aku ajar aku macam mana nak cari maklumat...
'ok ko taip apa ko mau cari dekat sini'
-yahoo-
'ok'
aku pun memulakan sesi pencarian aku.... aku tak ingat apa aku nak cari...
butang enter aku tekan
keluarlah pelbagai tulisan-tulisan dekat papan monitor komputer itu.. aku termenung...
aku jeling skrin komputer member sebelah aku..
'warna pink' ada gambar-gambar.. hurmm
apa pasal aku punya skrin warna putih,, gambar takda... tulisan warna biru ni je ada... dia tulis apa pun aku tak faham... komputer rosak agaknya...
pulang dari cyber cafe, baru aku tau, aku kena tekan tulisan-tulisan biru tu baru keluar gambar...
aku pun pulang bertemankan duka.. duit jajan aku kumpul, habis di cyber cafe hanya untuk melihat skrin putih dengan tulisan-tulisan biru itu aje!!
celaka.... kenapa bodoh sangat tak mau tany??
Labels: 2004, internet, keningau, klasik, sabah, tingkatan2, zamanduludulu

