0 PUT YOUR THOUGHT HERE
sarcasm for those who.....
Tuesday, August 13, 2013 @ Tuesday, August 13, 2013


assalammualaikum

huh... tiba2 terdetik di hati keinginan untuk buat post ala ala ilmiah sikit... heheh walaupun diri ini tidaklah seilmiah yang dikira tapi tetap juga tulisan ataupun lebih logik dipanggil taipan spesis ini lebih digemari...

bukan bertujuan untuk memberi sindiran yang benar-benar kepada manusia berlagak ala tuan besar yang memegang setiap inci urusan peraturan di dalam rumah, (ayat ini lebih baik saya klarifikasikannya sebagai ayat berkias), tapi lebih kepada peringatan untuk tujuan pembangunan alat pemuhasabah diri sendiri dan rakan-rakan.

pemunafik.... tumbuh bagai cendawan..... makin banyak kelihatan.. memang tidak layak untuk saya mengklasifikasikan seseorang itu sebagai seorang yang munafik bila mana, diri ini juga sering munafik.. berpura-pura beragama hanya untuk..... sesuatu yang bukan kerana Allah S.W.T.. memang tidak layak. tapi syukurlah saya punya banyak insan yang sering mengingatkan saya agar kembali beristighfar... walaupun kadang sengaja tidak menendakannya... semoga kita dijauhkan daripada hasutan syaitan. kembali kepada isi penting. owh tidak.. saya bukan pakar agama, tidak sesuai kiranya saya menyentuh banyak pasal agama, kerna saya juga belajar. tidak ingin saya memberikan fakta yang auta akibat daripada khidmat kopi dan pasta daripada mr. google...

so mungkin lebih elok apabila saya berbicara mengenai sikap SESETENGAH MASYARAKAT MALAYSIA baca betul-betul SESETENGAH!!! ya sesetengah sahaja bukan semua.. kenapa saya highlight kan dan saya uppercase kan ayat tersebut, ini kerana, kemungkinan untuk saya mendapat komen negatif apabila mengetengahkan unsur sikap rakyat malaysia adalah sangat tinggi peratusnya, mereka suka sangat merumuskan sesuatu hal hanya dalam satu pembacaan tanpa ada pengecekan secara cekap berlaku, pemberian feed back bagi hal ini selalunya tidak baik. itulah malaysia, tidak dapat menerima teguran, tidak dapat menerima kenyataan, tidak dapat mengimajinasikan yang perlu dan merealitikan yang perlu!! semuanya tidak, semuanya haram, semuanya konservatif, tidak dapatkah anda membuka sedikit minda malaysia????.. jangan terlalu prejudis terhadap perlakuan seseorang, anda tidak tahu jalan ceritanya, anda cuma nampak fizikalnya sahaja bukan keseluruhan cerita.. anda tidak tahu derita dia, anda cuma tahu derita anda. sungguh tipikal bagi malaysia meletakkan seseorang di tingkat kelas tertentu, siapa kuat dia di atas, siapa dibawah, hidup anda belum pasti.. disuruh membaca dia tidur disuruh tidur dia open tab...

Malaysia, kegemaran rakyat pasca DEB nya agak berharap untuk kerajaan memberi suap!! tetap menunggu tanpa usaha... ishk.... rakyat yang terlalu dimanja, akhirnya mereka membawa bebanan!!!.. allahualam..


assalammualaikum. waalaikumsalam...