0 PUT YOUR THOUGHT HERE
penulisan menurut saya
Saturday, June 29, 2013 @ Saturday, June 29, 2013


disclaimer: post ini 100% pandangan saya sahaja, tiada penggunaan google untuk mengkaji fakta yang ada dalam post ini, ini kerana, jika ada fakta dalam post ini, ia hanya fakta yang saya auta semata. jangan percaya bulat-bulat, sebab ini entry dari sudut pandangan saya, bukan sudut pandangan anda... jadi maafkan kiranya, ada ayat yang mengguris hati.


kristen angelo

awal suruhan ialah membaca
menuntut ilmu disuruh budaya
inilah teladan sepanjang masa
gayakan hidup dengan membaca

ingat lagi dengan lirik lagu tu... lagu ni rasanya debut tahun 2002 (umur sy 12 tahun).... dan lagu ni dinyanyikan oleh artis malaysia sendiri... fazley, sarima, siti, dayang, afdlin, jeslina, nazri(raihan), ramai lagi lah... ni video dia... bolehlah tengok.. siapa artis artis yang terlibat....


          hari ni, boleh dikatakan, membaca adalah salah satu minat saya... bila membaca rasanya saya berada dalam dunia lain, mungkin orang cakap ia ayat klishe, tapi itu yang terjadi. minat itu bukan datang dengan sendiri, tapi bagi saya ia perlu dipupuk, okay saya bagi analogi, macamana seekor ayam itu tau melintas jalan ??(ayam yang saya maksudkan adalah ayam kampung), iaitu dengan mengalami sendiri pengalaman melintas jalan, bila ayam tu ada pengalaman melintas jalan, dia semakin berani untuk melintas jalan biarpun kereta di depan laju 90km/jam, ayam tu mesti dapat elak punya, lainlah kalau memang suda ajal kan... itu kita tidak boleh persoalkan..... dan kalau kita tengok ayam yang dipelihara untuk tujuan penjualan kepada syarikat2 besar seperti ayamas, KFC, kenny roagers dan lain2 lagi... try letak ayam tu di jalan raya. dapat atau tidak dia melintas jalan.. kemungkinan untuk kita tahu ajal dia adalah tinggi, tapi Allahualam, manalah tau kan, tiba2 ayam tu dari keturunan baka2 yang genius, dapat lah dia lintas jalan nanti kan... 
dapatkah link cerita ayam tu dengan maksud erti kata sebenar pemupukan minat?, sebenarnya apa yang cuba disampaikan ialah, minat tu hanya akan terjadi apabila kita tahu, mengalami, atau mahir akan suatu perkara, tapi ingat mahirnya kita akan seseuatu perkara itu tidak menjamin tahap keminatan yang tinggi tahap gaban.. sebab pasti ada diantara kita yang mahir akan seseuatu tapi tidak minat akan hal itu, dan ada juga spesis manusia yang minat akan sesuatu benda tapi tidak pernah mahir,

            balik kepada hal membaca, sebelum ni, novel cinta dan saya umpama isi dan kuku, sampailah pada suatu tahap dimana, bila saya rasa semua buku yang saya beli dan baca sebenarnya menceritakan perkara yang sama, kawin paksa, benci membenci, jatuh cinta, di ro*ol, diculik, cinta ditagih balik, putus tunang, orang kaya, orang gaji, orang miskin, mak mertua jahat, bapa mertua baik, di dera dan lain-lain tipikal novel melayu. mula-mula saya tidaklah kisah sangat tentang hal ni, sebab saya rasa mungkin ni antara drama2 yang sering dialami oleh rakyat malaysia, sehinggalah saya baca satu artikel/video interview bersama seorang penulis wanita (saya lupa siapa), dimana dia cakap penulis sekarang lebih suka menulis mengikut tren. dan bila saya fikir balik, ya memang kebanyakan novel dipasaran sekarang penulisannya adalah berasaskan tren, rasanya ini salah strategik mengaut keuntungan, dan bagi saya benda ni sepatutnya tidak wujud, penulisan tu adalah sesuatu yang indah.
            
             penulisan novel cinta pada hari ni menurut saya sudah hilang nilai estetikanya, ini kerana tujuan asal penulisan suda berubah daripada penulisan kreatif yang ikhlas kepada penulisan kreatif yang berasaskan keuntungan, "buatlah sebanyak mana novel cinta, asalkan novel itu boleh bagi duit, kita terbitkan", dialog ini bagi saya hanya perlu menjadi ucapan sang penerbit yang tidak tau apa itu  penulisan, hanya tahu mengaut keuntungan, ini kerana, memang sudah menjadi minat mereka untuk mencari duit mengaut keuntungan, jadi mengapa perlu penulis yang minatnya adalah menulis menukar tujuan menjadi penulis kepada penulis yang mencari untung??, mungkin sebab itu saya mula berhenti membeli novel-novel cinta, sebab saya muak dengan jalan ceritanya yang sama, dan kurang ilmunya. penulis masih muda remaja, belum berkahwin pun, tapi sudah pandai buat cerita suami isteri, mungkin saya agak konservatif akan perkara ini, tapi bagi saya, memang perlu saya bersikap demikian.

akhir ini, saya berubah dari membeli novel terbitan si pengaut untung kepada penerbit novel2 indie, walaupun saya belum boleh judge sepenuhnya kompani ni, tapi setakat ni, most of the novel yang saya baca saya puas hati, biarpun ada beberapa cerita yang buat saya rasa kurang senang (saya konsevatif), sebab rasanya penulisan mereka terlalu terbuka, dan mungkin kurang elok dibaca bagi mereka yang dibawah umur, walaupun sebenarnya novel2 cinta yang ada dipasaran juga kadang ceritanya ada juga yang tidak sesuai untuk yang dibawa umur... 18 der.... but saya tak kata saya benci!!! novel2 tebuka macam ni buat saya rasa saya sangat noob pasal isu-isu dan ilmu-ilmu semasa, benda2 yang terjadi di luar negara contohnya, bila saya baca buku2 mereka, saya rasa saya baru keluar dari tempurung, dan keluarnya saya dari tempurung ke dunia yang luas ini baru selangkah cuma... banyak lagi benda yang saya perlu kaut, kaji dan ambil. ilmu tuhan ini luas, tidak tebayang untuk saya memperoleh semua ilmu tersebut... hanya mampu seusaha yang mungkin. novel2 indie ini memperkenalkan saya kepada penulis2 daripada jantina yang berlainan, kalau sebelum ini, saya lebih kepada pembacaan novel yang ditulis oleh jantina seangkatan saya, saya berubah kepada spesis yang satu lagi. dan saya agak terkejut, bila saya rasa saya lebih suka tulisan penulis lelaki daripada penulis perempuan, kenapa? disini ada beberapa sebabnya.

1. bila penulis lelaki lebih straight forward menyampaikan mesejnya
2. bila ilmu tentang pandangan ataupun pemahaman mengenai hidup dari sudut yang berbeza mampu saya ketahui
3. bila terdapatnya penggunaan bahasa atau ayat-ayat bombastik yang perghh!!!
4. bila saya dapat tahu apa sebenarnya dilema atau perbezaan antara dua jantina yang ada didunia
5. bila buku mereka kurang ayat jiwang
6. bila penulisan mereka tiada ayat seddeh airmata dara,, adapun ayat jiwang rock leleh saja
7. bila nama kucing diorang bukan COMEL tapi MILA (nan rokok sebatang)
8. bila buku diorang lebih kepada realiti daripada fantasi... realiti tu yang kau kena hadap!!
mau list semua sebab, sampai jam tiga pun belum tentu post ni siap....  oklah mungkin sampai disini dahulu cerita mengenai penulisan... baca disclaimer di atas!!!!

mungkin akan ada yang kedua, siapa tahu..

saya peminat nami cob nobbler
akan ada review untuk buku2 ini
-lelaki eksistensialis-
-rokok nan sebatang-
-awek chucktailor-

AdilahLee
1.58 a.m 29june2013