karangan malam ini
Tuesday, November 13, 2012 @ Tuesday, November 13, 2012
karangan cinta dalam hidup..
karangan ini spontan dari kepala... so pasti ada yang kurang dan nampak tidak ok...
dengar lagu cinta antara manusia buat saya terfikir, apa hebatnya cinta? apa sebenarnya yang di bawah oleh kata cinta itu? adakah ia sesuatu yang sangat indah sama seperti kita lihat sesuatu yang suasananya atau pemandangannya terlihat sangat cantik? samakah perasaannya? atau adakah ia sama seperti rasa indahnya meneguk dan menghidu bauh coffee? wah.. sedap? (ya saya peminat tegar neskafe)
hidup selama 22 tahun saya hanya rasa cinta dari Allah S.W.T, ibu bapa, kawan-kawan, guru-guru saudara mara, dan kajen-kajen sahaja...
cinta antara lelaki dan perempuan atau senang kata kekasih, tidak pernah saya tahu rasanya bagaimana.
ya katakan aku kuno, purba, dolu-dolu, atau old skool,
sebab tak pernah tahu rasa kapel itu bagaimana...
saya tidak akan marah, kerana itulah kebenarannya,
tipu bila saya katakan yang saya tidak cemburu melihat kawan-kawan punya banyak surat cinta berbanding karangan cita-cita.
tapi saya seorang yang tidak akan menunjukkan rasa cemburu kepada mereka-mereka yang bernama kawan tidak akan sama sekali. maka saya menjadi seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai pelakon extra, dimana pelakon utamanya dipegang oleh mereka yang lain..
ada timbul persoalan dalam diri kenapa saya masih belum punya kekasih?
ada orang bertnya kenapa saya tidak mencari? jawapan saya, hurmm malaslah... nt kalau ada suda, pasti akan dikhabarkan kepada sahabat handai... selagi belum ada khabar, ertinya masih belum dipunya lah diri ini.. sungguh cliche... satu lagi alasan yang tidak pernah saya keluarkan dan hanya disimpan dalam diri ialah, kenyataan mengenai, saya lebih suka memerhati daripada mengalami...
tapi bila umur makin meningkat, rangkaian penyataan masalah, kelompok-kelompok pertanyaan dan medium dapatan kajian semakin meninggi dan bertambah, fahaman saya mengenai istilah couple ini telah mengalami suatu revolusi, dari budak sekolah yang sibuk bercinta dari belajar kepada hamba Allah S.W.T yang tahu couple dalam islam itu tidak wujud!!
maka persoalan mengenai kenapa saya masih belum ada kekasih semakin hilang dalam kamus diri, di ganti dengan Allah S.W.T pasti sudah ada calon yang sesuai untuk saya... usaha kena lebih ni...
sehingga kini, masih ada lagi yang bertanya mengenai hal kasih kekasih ini kepada saya, bila sudah penat menjawab saya hanya tersenyum bisu. bukan marah, tapi bukankah diam itu lebih indah..
rasanya cinta Allah S.W.T yang akan beri kita kelebihan di dunia dan akhirat, so cinta Allah adalah yang teratas berbanding cinta yang lain-lain...
::words of the day::
kini penat jari bukan lagi disebabkan menulis, tapi penat jari disebabkan menaip. keluhan kadang membawa kepada kepuasan kadang menjerat diri sendiri.. saya lebih suka berkata melalui tinta berbanding berbicara melalui mulut.. kenapa? kerana mulut punya kuasa untuk mengeluarkan sesuatu yang spontan berbanding tulisan yang perlukan kita untuk berfikir sebelum memulakan suatu mukadimah bermakna.



